October 21, 2013

Kita Dah Delete Aaaa...


Assalamualaikum Blog! Aduhai, ku rasakan macam baru ada blog. Ye lah sebab post yang dulu-dulu aku ter-DELETE uollzz. Nak jadi cerita, aku main-main edit apa entah masa tu, then aku ter-tick semua post and terus click yang tong sampah tu. Arhhhh, masa tu aku dah terjerit bagai. huhuhu. Nak buek camno kan. Tak apa lah blog baru pun baru laaa.


Nak mula persahabatan baru dengan blog lah! Hai, Blog! Nama saya Zoulrini but awak boleh panggil saya Zureen pun tak apa. Hahaha. Nama saya ni one in a million tau sebab saya ja yang ada nama macam tu. Orang lain asyik dok jumpa nama sama ja kan so saya bawa kelainan sikit. Hihi. Saya dok kat Aloq Setaq nuu ha. Alah tak yah nak details sangat la naa. Hehe. Saya masuk ke dalam dunia blog ni pun sebab saya suka bercerita. Bukan nak share privacy saya sangat ni tapi alaah share yang gitu-gitu aje udah la. So saya harap awak menerima saya seadanya. Acehhhwahh, ayat tergediks di situ. :P


 Nah Blog. Terima lah bunga ini dari saya tanda persahabatan yang tak tau nak putus bila. Hehehe.


Oh ya! Aku nak kabor la jugak yang aku sekarang seorang fresh graduate yang tengah menunggu untuk kerja. Title besaqnya ialah PENGANGGUR. Erghh, betapa menciknyaa nak sebut tu tapi tak apa selagi tak dapat position yang aku nak selagi tu aku tak akan putus asa! Zureen never give up ollzz. Hahaha ayat perangsang untuk diri sendiri. Banyak benda yang aku teringin, berangan dan dalam bajet nak buat sekarang ni. Antaranya seperti berikut:


  • KERJA dulu oiiiii! Kerja tu mesti area Kedah and Penang. Area Selatan aku tak dibenarkan. Sedisss cek. Hewhew
  • Dah dapat gaji, bagi mama rasa sikit.
  • Shopping untuk diri sendiri.
  • Nak langgan Astro HBO,FOX,etc. sebab aku kaki movie. hehehe
  • Simpan sikit duit tuuu.
  • Kalau mampu nak beli kereta sendiri. Awww~
  • Yang last tu kalau panjang umur dan ada jodoh nak mendirikan mesjid. Hahaha.


In shaa Allah kalau ada rezeki, akan aku buat semua ni. So akan menulis lagi selepas ni kalau ada cerita yang teringin aku share kat sini. Babai dan Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment